Login
Username:

Password:


Lost Password?

Register now!
Today's events
Mini Calendar
Last MonthJul 2009Next Month
Su Mo Tu We Th Fr Sa
1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31
Today
Coming Events
Etika KE
Bolehkah gosip atau khabar angin dimasukkan ke dalam forum KE?





The Gigs

D`ANGELS MUSIC & EDUCATION CENTRE MERAYAKAN ULANGTAHUN KEDUA SABTU INI

July 3, 2009 — George Duat (Views: 0)

Oleh: Diana S. Tuning

D`Angels Music & Education Centre, satu-satunya sekolah muzik dalam daerah Penampang akan merayakan ulang tahun kedua pada 4th July 2009 di Donggongon Point Lot 15, Tingkat 1. D`Angels memulakan operasinya pada 01 Julai 2007 dengan menawarkan khidmat pendidikan formal dalam bidang muzik secara teori dan praktikal. Selain vokal dan teori muzik; piano, guitar, keyboard, drum, saxofon, violin dan trumpet adalah antara alat-alat muzik yang diajar. Selain itu, D`Angels juga menyediakan perkhidmatan tuisyen untuk calon-calon UPSR, PMR, SPM dan STPM.

D`Angels juga menghantar pelajar muzik yang cukup bersedia untuk menduduki peperiksaan. Setakat ini, D`Angels telah menghantar 6 pelajar muzik dan pada bulan Ogos ini seramai 9 orang pelajar lagi akan menduduki peperiksaan teori muzik. Pada bulan November 2009 dijangka 10 calon akan menduduki peperiksaan vokal, dua calon drum dan dua calon gitar di bawah Lembaga Peperiksaan Rockschool yang berpusat di UK/USA.

Menjelang tahun ketiga operasinya, D`Angels kini sedang dalam perancangan untuk menawarkan program sijil muzik dengan kerjasama UMS. Kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang sangat meminati muzik, pengurus D`Angels, Puan Diana Stephen Tuning yang juga merupakan graduan muzik dari UMS memaklumkan bahawa program sijil muzik ini kini sedang rancak dalam pengurusan untuk pelaksanaan sepenuhnya pada tahun hadapan.

Berbicara tentang hala tuju D`Angels dalam industri muzik tempatan, Diana yang juga merupakan seorang artis yang telah melahirkan album sulung "DIANA" memaklumkan antara aktiviti yang telah dijalankan ialah penganjuran Konsert 'The Beginning' pada bulan Mac lalu di Dewan KDCA, Penampang di mana D`Angels telah menampilkan artis-artis tempatan terkenal seperti Stacy, Felix Agus, Ivye Alexandra, Lotter dan The Divine Masters’ serta kumpulan Papier Maché dari Tamparuli. Perancangan seterusnya ialah menganjurkan Konsert Artis-Artis Sabah di Stadium Bukit Jalil pada tahun hadapan. Diana menegaskan bahawa hanya artis-artis yang berpengetahuan dalam bidang muzik dan mempunyai komitment dan disiplin yang tinggi akan dilibatkan dalam konsert itu nanti. Setakat ini artis yang telah dikenalpasti ialah S. Welly yang berasal dari Kota Belud, yang baru melancarkan album keduanya berjudul "Natalup". S. Welly adalah antara pelajar D`Angels yang akan menduduki peperiksaan vokal moden pada November tahun ini.

Bersempena dengan ulangtahunnya yang kedua, D`Angels menawarkan promosi istimewa kepada pelajar yang mendaftar di sepanjang bulan Julai 2009. Sebagai tanda syukur dan terima kasih, Diana ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokong kewujudan D`Angels selama ini terutamanya para ibu bapa yang sensitif dengan kecenderungan anak-anak mereka dalam bidang muzik, para penyumbang hadiah-hadiah cabutan tiket bertuah,  kakitangan D`angels yang telah bertungkus lumus membuat persediaan perayaan ulang tahun ke-2, para ibu bapa dan pelajar yang telah membuat persembahan pada hari tersebut, dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Orang ramai dipelawa memeriahkan lagi majlis ulang tahun tersebut yang bermula jam 9 pagi.

Teks oleh: Diana S. Tuning
Gambar: gogds.blogspot.com

KADUS ENTERTAINMENT SERIKAN KONSERT AMAL DI SUTERA HARBOUR 7K SUNSET CHARITY RUN 2009

July 3, 2009 — George Duat (Views: 1)

Oleh: tom.kurus@yahoo.com

"Kadus Entertainment (KE) bukan hanya untuk berhibur sahaja. Kita juga beramal", demikian ungkapan Mark Mojitoh selaku Pengasas Kadus Entertainment yang ditubuhkan sejak tahun 2005 lagi. "KE amat berasa bangga dan bertuah kerana diberi peranan dalam aktiviti Sutera Harbour 7K Sunset Charity Run pada tahun ini di mana beberapa artis tempatan yang aktif di dalam KE akan membuat persembahan dalam konsert selepas larian pada hari tersebut", jelas Mark yang ternyata gembira tentang perkembangan terbaru perjalanan aktiviti KE ini.

Sutera Harbour 7K Sunset Charity Run ini akan diadakan pada 18 Julai 2009 (Sabtu) ini nanti yang akan bermula seawal jam 4.30 petang. Aktiviti ini diadakan setiap tahun dan tahun ini merupakan tahun yang ke sembilan aktiviti seumpama ini dijalankan. Pelbagai aktiviti akan diadakan pada hari tersebut termasuklah konsert yang akan diadakan selepas larian tersebut. Tiada hadiah kepada pemenang kerana ini merupakan larian amal untuk mengumpul dana untuk disalurkan kepada Persatuan Thalassaemia Sabah dan juga Special Olympics Sabah. Namun bagi setiap peserta yang berjaya menghabiskan larian sejauh 7 kilometer dalam jangka masa yang ditetapkan, mereka berpeluang mendapatkan satu cabutan tikit bertuah utama. Sudah pasti hadiah-hadiah yang lumayan menanti para peserta yang bernasib baik pada hari tersebut.

Menurut Mark, seramai 5 orang artis serta sebuah kumpulan yang bergiat aktif dengan KE akan menyerikan konsert tersebut nanti. Carrey Oliver Yubong, pemenang sulung KE Next Top Entertainer yang diadakan pada April lepas dan Feraddy Okuling, yang merupakan pemenang tempat kedua pertandingan yang sama, bakal menghiburkan mereka yang hadir pada petang tersebut. Marllenney Paul, pemenang pertandingan ‘I Got Talent’ anjuran DJunction yang baru lepas, serta seorang lagi finalis KE Next Top Entertainer, Hary Nianti, juga akan membuat persembahan amal bagi menyokong larian amal anjuran Sutera Harbour ini. Selain itu, Kumpulan Da’ Prinz serta seorang peserta Top 20 AF7, Cabrine Solibun juga akan turut serta memeriahkan lagi konsert ini.

Sehubungan dengan itu, Mark menyeru kepada orang ramai, terutama kepada para artis dan para penggiat seni di Sabah, serta ahli-ahli online Kadus Entertainment agar menyokong Sutera Harbour 7K Sunset Charity Run. "Marilah kita tunjukkan sokongan kita selaku penggiat seni di negeri ini, agar dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan kita. Larian ini terbuka kepada orang ramai. Kepada ahli-ahli online KE, marilah kita beramai-ramai menyertai larian amal ini", ujar Mark.

Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang larian amal Sutera Harbour 7K Sunset Charity Run 2009, sila layari website Kadus Entertainment di alamat www.kadusmusic.com untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.

Text Oleh: tom.kurus@yahoo.com
Gambar Oleh: http://gogds.blogspot.com

Lite Discussion



External Picture Gallery
External Member's Picture Gallery:

-Flickr: Pirut
-Flickr: Gogds
-Flickr: Bambangan
-Flickr: Sumandak

-Picasa: Pirut
-Picasa: Gogds
-Picasa: Bambangan
-Picasa: Sumandak

Notes:
* You have to login into your Yahoo! account to comment pictures on Flickr.
* You have to login into your Google account to comment pictures on Picasa.
SMS Simusic Studio

TJC Talent Studio
Latest MP3 Downloads


© KaDuS Entertainment™ 2006-2008 | KEtiquette | Privacy Policy | Disclaimer  | 

Powered by XOOPS 2.2.4 © 2001-2007 The XOOPS Project

Design by SevenDays Design  | Modified by gogds